Umie Aida (Azlan Abu Hassan / Ireani Yaacob)

Terima Kasih

Mula berjumpa
Berdebar rasanya
Tidak menyangka cinta kian menyapa

Pandangan pertama
Cinta berbunga
Bahagia rasa kala bersua dengannya

Di sini bermula
Langkah pertama
Bertemu bahagia
Terima kasih ku hanya untukmu
Kerana hadirmu
Membawa sinar ceria

Terima kaih sayang dari ku
Kerana hadir mu
Warnai hidup ku
Sempurnalah rindu
Dalam dakapanmu

Mesra bicara
Senyuman ceria
Ku harap pasti abadi rasa di jiwa

Pandangan pertama
Cinta membara
Kaulah permata penyeri suasana

Pasti kasih mu bersama ku
Ke alam mimpi
Tak ingin berpisah
Gelisah terasa
Bilakah dapat ku berjumpa...

Sumbangan Ixora Leen & Ireani Yaacob

Ke Halaman Utama

Copyrigth © 2000 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)