Syura

Persoalan Yang Kau Tinggalkan

Dari mata hati berkata
Bagai ada yang tak kena
Bilakah tiba masanya
Entah apa penghujungnya
Ku pendam di dalam jiwa
Dan berserah jua

Sepatutnya bawa berbincang
Menghuraikan kekusutan
Tanpa sebab dan alasan
Kau meminta kau dilepaskan
Puas ku cuba menahan
Tapi menghampakan

Bila aku tak diperlukan
Cuma nota yang kau tinggalkan
Jika dulu tak begitu
Setidak-tidaknya ku dengar suaramu
Sudah jelas
Membuktikan kau membenciku
Atau kau sengaja
Mencari alasan
Agar kau tidak dipersalahkan
( Akhirnya ku dipersoalkan )

Kau sengaja
Mempamerkan kelembutanmu
Agar di pandangan
Engkau diperlukan
Cuma aku tak pandai menjagamu
Akhirnya ku dipersalahkan

Sumbangan Ayu Norafida

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2001 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)