Spin (Patrick Khamis / Afika M.S.)

Tiada Beza Di Sisinya

Takkan ku bersayu hati
Walau kau tinggalkan ku
Pergi dalam pekat
Malam di dalam cerah
Pagi ada rahsia tersembunyi

Kusedar siapa diri ini
Menumpang di hujung jalan sepi
Mana bisa diikat... kaca pada permata
Mana mungkin kasih... berlantaikan hati kita

Jauh kian jauh
Nun jauh di sebalik awan
Sepi kian menyepi
Bila kau milik orang
Kudoa kau bahagia

Cuma yang kupinta
Usah engkau hina aku tak berharga
Di sebalik wajah kian mengalir
Darah merah yang sama dengan ku

Walau kau enggang
Biarkanlah pipit sama-sama berterbangan
Tiada beza di sisinya
Semua insan sama saja

Sumbangan Liana Nadzeri

Ke Halaman Utama

Copyrigth 2002 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)