Screen

Orang Yang Ku Sayang Sayang

Selamat tinggal sayang ku
Semoga engkau bahagia
Bersama kekasih baru
Dan biarlah aku membawa diri

Walaupun berat hatiku
Sewaktu melepaskanmu
Tetapi apa dayaku
Antara kita dah tak sehaluan

1
Ada kalanya aku termenung mengenang sikapmu
Pandainya engkau mengukir janji
Lalu kau memungkiri
Sepi kurasa perjalananku
Penuh duri rindu
Sehingga fikiranku tak menentu

2
Cintaku melayang-layang
Wajahmu terbayang-bayang
Orang yang ku sayang-sayang
Kini dah disambar orang
Perit hatiku tidak terkata
Oh...bisanya

3
Selamat tinggal wahai sayang ku
Terima kasih kerana engkau
Sanggup melukakan hatiku ini

( Ulang 1, 2, 3 )

Walaupun berat hatiku
Sewaktu melepaskanmu
Tetapi apa dayaku
Antara kita dah tak sehaluan

Moga dikau bahagia (3x)

Ke Halaman Utama

Copyrigth 1999 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)