Screen

Dibuai Rindu Semalam

Dalam sepi terkenang diri mu
Ku sendiri mengharung rindu
Kau berjanji sehidup semati
Tinggal janji mu kau bawa bersama

Kau biarkan diri ku melara
Mengemis cinta suci dari mu
Apa daya aku jatuh cinta
Jatuh hati kepada yang tak sudi

( korus )
Mengapakah aku kau dustai
Kasih suci telah kau khianati
Manis kata hanyalah di bibir
Meranalah jiwaku

Mengapakah kau simpan dendam mu
Kasih dulu tertanam di kalbu
Hingga aku menjadi mangsanya
Kau samakan dirinya...
Dengan kasih dan sayang ku

Cuba kau rasakan nya
Apa yang telah aku merasainya
Kasih telah ku beri tidak kau menghargai
Impian hati ini hancur tidak tercari
Pergi sayang pergi
Tinggalkan aku sendiri

Ku... diusik kenangan bersama mu
Ku... dibuai rindu semalam

( ulang dari korus )

Cuba kau rasakan nya
Apa yang telah aku merasainya
Kasih telah ku beri tidak kau menghargai
Impian hati ini hancur tidak tercari
Pergi sayang pergi
Tinggalkan aku sendiri

Sumbangan Inna Sarienna

Ke Halaman Utama

Copyrigth 1999 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)