Scoin

Ku Menangis Kehilangan Mu

Setelah sekian lama
Memendam cinta dihati
Berkasih indah kurasa
Merindu orang di sayang

Tak sangka hatiku diluka
Sewaktu kasihku berbunga
Engkau pergi tanpa kata
Kerana mu ku tersiksa

( korus )
Oh... pilu dihati
Menyiksa batin tersiksa
Terkenang apalah nasibku
Tak pernah rasa bahagia

Mengemis kasih orang
Tak sedar siapakah diri
Yang menumpang di sudut hati
Tak tahu orang dah tak sayang

Walaupun tak ku rela
Kehilangan mu sayang
Bersama air mata
Ku lepaskan kau pergi

( ulang korus )

Andainya dapat kau rasa
Kepiluan dihati ini
Bagaikan terbakar api
Semarak pedih terasa
Bila kekasih menghilang
Perginya tiada berpesan
Ku menangis kerana mu ( 2X )

Sumbangan Ijan Malik@Ikram & Inna Sarienna & Wan Nursham

Ke Halaman Utama

Copyrigth 1999 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)