Koleksi Lirik Lagu Rakyat

Pantun Klasik/Tradisional

( i )
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati

( ii )
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga

( iii )
Dalam semak ada duri
Ayam kuning buat sarang
Orang tamak selalu rugi
Bagai anjing dengan bayang

( iv )
Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

( v )
Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi

( vi )
Hari/Malam ini menanam jagung
Hari/Malam esok menanam serai
Hari/Malam ini kita berkampung
Hari/Malam esok kita bersurai(cerai)

( vii )
Batang selasih permainan budak
Daun sehelai dimakan kuda
Bercerai kasih bertalak tidak
Seribu tahun kembali juga

( viii )
Dua tiga kucing berlari
Mana nak (Masakan/Manakan) sama si kucing belang
Dua tiga boleh kucari
Mana nak (Masakan/Manakan) sama adik seorang

( Pantun klasik/tradisonal yang selalunya dinyanyikan dalam lagu-lagu rakyat )

Ke Halaman Utama

Copyright 2001,2002 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)