SEJAMBAK SYAIR ALIF MOKHTER
IMNOGMAN ![]() Tajuk asal Koleksi ini ialah SEJAMBAK SYAIR oleh Alif Mokhter Alhaj. Syair-syair ini didedikasikan khas oleh Allahyarham kepada anak-anak beliau sempena ulangtahun ke 64 beliau pada 18 Disember 1989. Syair-syair ini merupakan catatan sejarah sebenar kehidupan Allahyarham yang ditulis dalam bentuk syair sehingga tahun 1989. Semoga dengan tersiarnya syair-syair ini akan dapat memberi sedikit pengajaran atau sekadar pengisi masa lapang kepada semua seperti yang beliau harapkan. InsyaAllah. Buat Anakku Tersayang, Sempena 64 Tahun Umurku. [ Dapatkan Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 5 dan Resolusi 800x600 ] |
Sejambak Syair
Kepada anak dan cucu semua Aku berpesan supaya memelihara Syair ku ini bila membaca Biarlah bercermat keasliannya terjaga |
|
Sepatah Kata....
64 tahun umurku sudah
Di anak kampung bersekolah rendah Di Gunung Pasir desa bertuah Dan belajar Jepun ketikanya memerintah Tiga tahun di Singapura lamanya Jepun kalah belajar ugama pula Kemudian ke Kelantan Jamek Merbau namanya Pengajaran Ugama di timba lima tahun di sana Tegal semangat membakar dada Politik tanahair berkehendakkan pemuda Berjiwa radikal paling utama Agar kemerdekaan segera terlaksana Awal limapuluhan aku memasuki ???(politik?) Menulis sajak, cerpen, rencana Bekerja sendiri, memborong, membina Untuk rumah kampung tugas istimewa 31/12/1958 memasuki rancangan 125 kelamin membuat perpindahan Tempatnya jauh terperusuk di perbatasan Di pinggir Pahang dan Negeri Sembilan SLB namanya amat istimewa Hati ku lapang setiap masa Bekerja, menulis tanpa galangannya Baru sekarang menaipnya pula Wassalam. Alif Mokhter AlHaj SLB, NS 4 March 1990 Semua pandangan amat dihargai dan sila hantarkan kepada IMNOGMAN atau Nyatakan Pandangan Anda dalam Guestbook Imnogman. 25 Oktober 2000 |
02. Kiranya Ilham Datang Bertandang 03. Berpindah Ke Alam Bertuah 04. Bertemu Dan Berpisah 05. Kumpulan Nasyid AL MIZAN SLB (i) 06. Kumpulan Nasyid AL MIZAN SLB (ii) 07. Kumpulan Nasyid AL MIZAN SLB (iii) 08. Kumpulan Nasyid AL MIZAN SLB (iv) 09. Kumpulan Nasyid AL MIZAN SLB (v) 10. Kumpulan Nasyid AL MIZAN SLB (vi) 11. Tiga Zaman Dah Ku Rempuh 12. Alam Remaja Yang Tinggal Kenangan 13. Berharga Keturunan 14. Berjuang Tak Ada Ujungnya 15. Alam Ku Hitam Pekat 16. Empat Anasir - Air, Api, Angin & ... 17. Empat Anasir - Air 18. Empat Anasir - Api 19. Empat Anasir - Angin 20. Empat Anasir - Tanah 21. Mati 22. Dunia Hanya Persinggahan 23. Dulu Lain Sekarang lain 24. Pasar Minggu Yang Ku Kunjungi 25. Apakah Pantainya Masih Jauh 26. Adam Dan Hawa Nenek Manusia 27. Adam Penghulu Dunia 28. Rukun Islam 29. Mengucap Dua Kalimah Syahadah 30. Mendirikan Sembahyang 31. Puasa Di Bulan Ramadan 32. Mengeluarkan Zakat Bila Cukup... 33. Menunaikan Haji ke Tanah Suci 34. Rupa-rupanya Keluarga Ku Meninggal 35. Rukun Iman Enam Perkara 35. hingga 84. ==>Dalam Proses<== 84. Untuk Mereka Yang Ragu 85. Penutup |
Main / Halaman Utama / Home
Terimakasih kerana mengunjungi halaman web ini di Yahoo-Geocities. Sila hantarkan karya anda. Halaman ini untuk anda ! Jumlah pengunjung semenjak 19 Jun 2000 Sila email imnogman@hotmail.com Nyatakan Pandangan Anda ? ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Copyrigth © 2000,2001 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.) [ liriklagu.com | Statistik Dan Maklumat Am | imnogman.com ] |