Siapa Pengganti Siti Nurhaliza?
Siti Sarah kini menjadi tumpuan...
21 Oktober 2002

Siti Sarah Raissuddin - Kesetiaan

Pertama(Prakata): Siapa bakal pengganti Siti Nurhaliza yang kini telah semakin dewasa. Siapa yang menonton Anugerah AE'02 tentu sedia maklum jika melihat cara persembahan dan pakaian Siti pada malam tersebut.

Mari kita lihat dan cuba merenung sidikit senarai penyanyi yang sering dikaitkan dengan penyanyi nombor satu negara kita. Dan kita lihat setakat mana kemampuan mereka untuk mencabar atau menyaingi beliau.

  • Dayang Nurfaizah - Mengambil masa yang agak lama untuk menampilkan persembahan yang tersendiri. Boleh menjadi pesaing utama tetapu suara sahaja belum cukup untuk menyamai pakej yang ada pada Siti. Perlu lari dari terus dijadikan perbandingan.
  • Siti Nordiana - Penggunaan nama yang hampir sama, tetapi terlalu banyak terikat pada persembahan duet dengan Achik Spin serta Syura.

  • Elly Mazlein - Paling ketara cuba menyamai suara Siti Nurhaliza dan hampir berjaya. Namun peminat lebih arif.

  • Intan Sarafina - Penampilan yang hampir sama, harus kekal dengan rentak pop progresif untuk mewujudkan identiti berbeza sebab Siti Nurhaliza lebih menuju ke arah rentak lagu Etnik Kreatif/Irama Malaysia.

  • Syura - Mempunyai harapan dan mendapat publisiti yang mencukupi di awal kemunculan tetapi terlalu akur kepada kehendak 'publicist' semasa muncul di majalah.

  • Syazliana - Awal-awal lagi telah dikatakan mempunyai suara yang sama dengan Siti Nurhaliza. Masih boleh cuba menghasilkan identiti sendiri jika terus mengekalkan muzik Irama Malaysia.

  • Elyana - Terselamat dari dibandingkan dengan Siti. Boleh berjaya jika terus mengekalkan cara persembahan dan penampilan yang tersendiri.

  • Siti Sarah - Amat malang bagi beliau sebab terlalu awal dikaitkan dengan Siti Nurhaliza. Malah turut dikaitkan dengan Nora & Gee. Ini akan menutup kehebatan bakat semulajadi. Persembahan pun nampak tidak relaks dan mengingatkan kita kepada awal kemunculan Ziana Zain.

    Nampaknya tidak seorang pun dari penyanyi di atas yang mempunyai pakej yang mencukupi atau hampir sama dengan Siti untuk menjadi pengganti beliau sebagai penyanyi nombor satu negara. Masih terlalu awal untuk memperkatakan Elyana adalah calon yang paling hampir.

    Untuk menjadi pesaing atau menyamai kejayaan Siti Nurhaliza, seseorang penyanyi haruslah mempunyai pakej yang lengkap terutama bakat dan kebolehan menyanyi di samping kemerduan/kelunakan suara, kecantikan wajah serta memelihara keperibadian dan penampilan setiap waktu.

    Kekurangan yang mungkin ada pada Siti Nurhaliza hanyalah kepada dua perkara. Pertama, sikap beliau yang 'cold' terhadap persoalan peribadi yang berkaitan dengan hubungan dengan lelaki. Kedua, beliau sering memuji sokongan peminat tetapi yang ketara beliau nampak semakin jauh dan sukar dihampiri peminat. 'Harga' persembahan beliau yang semakin 'mahal' mungkin tidak perlu dipertikaikan.

    Cuba kita baca petikan sejarah permulaan kemunculan Siti Nurhaliza menerusi petikan artikel dari sebuah laman web tak resmi beliau. 'Originality' atau 'original source' tidak dapat dipastikan.

    Sebahagian Riwayat Kehidupan Seni Siti Nurhaliza


    Kegagalan menempatkan diri di tempat terbaik dalam beberapa pertandingan nyanyian berprestij seperti Wirawan Seni Remaja EON, Asia Bagus dan lain-lain bukanlah suatu halangan kepada Siti Nurhaliza. Bagi Siti, di sebalik kegagalan itu mungkin tersembunyi hikmah yang tersendiri. Malah dia juga sedar persaingan yang harus dihadapinya bersama peserta-peserta yang lain yang tidak kurang hebatnya.

    Kemudian apabila dia mendapat tahu RTM akan menganjurkan pertandingan bintang HMI, Siti tidak teragak-agak untuk mencuba nasib. Seperti juga pertandingan-pertandingan nyanyian yang lain, dia sering berdebar menanti jawapan sama ada dia diterima untuk menyertai sesuatu pertandingan atau tidak. Namun kerana nasibnya sudah ditentukan, dia berjaya terpilih ke ujibakat Bintang HMI yang diadakan di Kuala Lumpur.

    Apabila menerima sahaja berita yang dia terpilih ke uji bakat, Siti yang pada masa itu masih menetap di Kuala Lipis, Pahang, termenung sendirian memikirkan bagaimanakah dia akan memulakan langkah tersebut. Kuala Lumpur pada masa itu terlalu asing bagi dirinya, pasti ibu dan ayahnya merasa sukar untuk melepaskannya sendirian.

    Bagaimanapun, Siti bernasib baik kerana dia mempunyai abang iaitu Ayie yang ketika itu sememangnya menetap di Kuala Lumpur dan bergelar artis. Kepada Ayie, ibu dan ayahnya memberi tanggungjawab untuk menjaga adiknya. Pemergian Siti ke Kuala Lumpur diiringi dengan doa.

    Kehadiran ke pertandingan uji bakat yang diadakan di Auditorium P.Ramlee dalam keadaan yang tergesa-gesa akibat hujan lebat di Kuala Lumpur sehingga menyebabkan dia tersangkut di jalan. Keadaan yang tidak diingini itu hampir-hampir membuatkan penyertaannya ditolak. Namun setelah menjelaskan keadaan yang sebenar di mana dia datang dari jauh, pihak RTM memahami keadaan itu dan memberi peluang kepada Siti untuk menampilkan persembahan.

    Dalam keadaan yang penat dan serta tidak selesa, Siti bagaimanapun telah memberikan persembahan yang baik menerusi lagu Kaulah Segalanya (yang dipopularkan oleh Ruth Sahanaya). Persembahannya mendapat perhatian pihak juri yang sama sekali tidak menyangka, peserta yang datang paling jauh pada hari itu memberikan persembahan yang cukup cemerlang.

    Siti berjaya pada peringkat saringan awal dan seterusnya dia perlu bertanding untuk peringkat mingguan yang diadakan di Alor Setar. Pada waktu ini dia sekali lagi kecewa kerana gagal meraih gelaran Juara Mingguan sedangkan dia sudah meletakkan harapan yang tinggi. Dia pulang dengan penuh kehampaan. Tiada apa yang mampu dilakukan oleh Siti melainkan hanya dengan menenangkan dirinya dengan melakukan aktiviti biasa.

    Dalam merenung kekecewaan itu selama berbulan-bulan lamanya, pada suatu hari ketika dia sedang berehat di rumah Siti terkejut dengan kiriman sepucuk surat yang tertera lambang Urusan Sri Paduka Baginda. Rupa-rupanya isi kandungan surat itu menyatakan dia telah terpilih ke pringkat separuh akhir Bintang HMI.

    Berita gembira itu disampaikan kepada ibu dan bapanya dan juga dimaklumkan kepada abangnya Ayie. Semua ahli keluarga Siti menyambut berita itu dengan penuh kegembiraan. Segala persiapan dilakukan dan Siti memilih lagi Kemelut Di Muara Kasih (lagu yang dipopularkan oleh Ziana Zain) untuk dinyanyikan pada peringkat separuh akhir itu. Kali ini tuah menyebelahinya. Dia berjaya melayakkan diri ke pertandingan akhir Bintang HMI. Sekali lagi kegembiraan diraikan bersama keluarganya.

    Untuk peringkat akhir yang bakal menentukan masa depannya dalam bidang nyanyian, Siti memilih lagi Camar Yang Pulang (lagu popular Aishah). Dia mendendangkan lagu itu dengan penuh penghayatan. Seperti yang sudah diramal oleh banyak pihak, Siti akhirnya meraih gelaran Juara Bintang HMI yang diadakan pada tahun 1995.

    Kejayaan itu merupakan anugerah terbesar yang diraih oleh Siti sepanjang penglibatannya dalam bidang seni pada ketika itu. Sebagai remaja yang berusia 17 tahun, hadiah wang tunai RM5000, sebuah televisyen 24 inci, sijil dan piala yang dibawa pulang sudah cukup besar bagi dirinya. Siti amat berbangga sekali. Lebih membanggakan juga ialah pada pertandingan akhir yang diadakan, penyanyi pujaannya Aishah turut serta sebagai penyanyi jemputan.

    Namun, di sebalik kejayaan itu tiada siapa yang tahu semangat Siti hampir-hampir hilang apabila beberapa jam sebelum dia mengadakan persembahan, dia telah dimaklumkan oleh pihak penerbit, baju yang dikenakannya tidak sesuai. Siti telah diberitahu yang dia perlu menukar baju itu dengan segera jika dia mahu menyertai pertandingan akhir itu.

    Mendengar sahaja apa yang diberitahu oleh penerbit, Siti mula gelabah dan menjadi tidak tentu hala. Apalagi Kuala Lumpur dan RTM pada masa itu terlalu asing bagi dirinya. Apa yang mampu dilakukan di belakang pentas pada waktu itu ialah menangis seorang diri.

    Pada masa yang sama gerak-geri Siti diperhatikan oleh Syawal, pengurus kumpulan Res2 yang ketika itu turut berada di sisi Siti. Kesihan melihat keadaan Siti, Syawal mempelawa Siti menggunakan baju koleksinya. Syawal telah 'menyelamatkan' hidup Siti pada waktu itu dan sukar baginya untuk melupakan bantuan yang diberikan kepadanya.

    Cuba lihat wajah Siti Sarah yang nampak begitu 'garang'. Poster beliau boleh diperolehi dari majalah terbaru URTV. Minggu depan saya bercadang nak paparkan gambar penyanyi Misha Omar atau Samihah@Aishah.

    Kedua(Pengendali): Disebabkan perubahan jadual yang tidak dapat saya elakkan, saya terpaksa sekali lagi menangguhkan kemaskini Koleksi liriklagu. Saya tolong baiki dan buat setup internet pada PC seorang rakan. Biasalah kan, tolong kawan setakat dapat makan free je. Sebelum tu kena pergi beli modem di Plaza Low Yat. Nampak macam ok, tapi lepas tu nak kena upgrade Winamp dan Internet Explorer kepada versi terbaru. Saya bernasib baik sebab modem Aztec adalah 'plug and play' dan tak ada masalah 'driver' dengan Win98.

    Minggu ini saya cuma sempat mengemaskini beberapa keping gambar artis.

    Seperti makluman yang saya edarkan menerusi egroup Liriklagu dan seperti yang saya sebutkan dalam Mingguan Koleksi ini bertarikh 16 September 2002, Koleksi Lirik Lagu Melayu telah ditutup sehingga ke satu tarikh yang akan ditentukan. Dah ok kan! Ia telah pulih semula pada 19 Oktober 2002 seperti yang dijadualkan.

    Sebabnya adalah jelas menerusi kenyatan berikut apabila kita cuba pergi ke liriklagu.com atau imnogman.com:

    Site Temporarily Disabled

    This site has been temporarily disabled because it has exceeded its allocated data transfer (bandwidth).

    Please try again later.


    Rasanya tak perlu saya jelaskan sekali lagi.

    Setelah mengkaji beberapa lama saya dapati masalah ini dapat diatasi sementara dengan cara berikut. Pertama, membuang lagu latar Nirvana pada halaman index.html yang dianggarkan dapat menjimatkan lebih kurang 2.7 Gigabait data transfer setiap bulan. Kedua, membuang lagu latar Anggun pada halaman Lirik Lagu Inggeris MY. Ini dijangka dapat menjimatkan lebih kurang 1.3 Gigabait data transfer sebulan.

    Berdasarkan bandwith semasa jumlah 3.0 Gigabait ini akan mengurangkan 'data transfer' bulanan kepada 19 Gigabait dan berada di bawah paras maksima 20 Gigabait.

    Di harap anggaran ini dapat dikekalkan seberapa lama. Jika tidak, seperti berlaku tambahan pengunjung yang tinggi, tindakan drastik perlu di ambil seperti membuang semua gambar artis sebagai pilihan terakhir.

    Berikut adalah Statistik Harian Mingguan Koleksi ini yang diterima dari TheCounter.com untuk tempoh seminggu.

    Weekly Statistics For Previous Week

    Account number ???, Mingguan Koleksi IMNOGMAN v.2, had a total of 458 visitors last week.

    Visitors for last week divided per weekday:

    2002-10-09: 71
    2002-10-10: 92
    2002-10-11: 70
    2002-10-12: 65
    2002-10-13: 49
    2002-10-14: 52
    2002-10-15: 59


    Ketiga(Promosi): Minggu ini kita cuba laman web artis pula. Yang tak menariknya, laman web artis selalunya tidak diselenggara dengan sempurna atau tidak dikemaskini selepas satu jangkamasa. Cubalah dua laman web ini kalau ia masih wujud iaitu laman web KRU - Krujaan dan Dayang Nurfaizah.

    Keempat(Personaliti): Artikel minggu ini mungkin ada yang tak sesuai dengan budaya kita tetapi secara amnya boleh dipertimbang dan dipraktikkan dalam hubungan yang halal. If you love someone, show him/her, and say so! If a kiss is the language of love, then we have lot to talk about! If you are kissing someone, close your eyes. It's not nice to stare!

    Methods of Love

  • Kiss on the ear - I'm Horny.
  • Kiss on the cheek - We're Friends

  • Kiss on the hand - I Adore You

  • Kiss on the shoulder - I Want You

  • Kiss on the lips - I Love You

  • Holding hands - We Can Learn To Love Each Other

  • A wink - Let's Get It On

  • Slap on the butt - Watch Out

  • Playing with the ear - I Can't Live Without You

  • Arms around the waist - I Love You Too Much To Let Go

  • Pulling hair on head - Tell Me You Love Me

  • Looking into each other's eyes - Let's Get Romantic

  • Holding on tight - Don't Let Go



  • Minggu depan saya cuba dapatkan yang lebih baik.

    Kelima(Penutup): Minggu lepas saya tersilap apabila menyatakan bahawa aktiviti sukan pada tahun ini telah berakhir. Sifu saya dan beberapa rakan baru sahaja memberitahu akan adanya beberapa pertandingan yang boleh disertai sehingga bermulanya puasa. Pertandingan yang terakhir pada tahun ini hanya akan berlangsung beberapa hari selepas raya. Ia adalah kejohanan peringkat kebangsaan yang mana belum pernah saya sertai. Cuma setakat dapat menonton sifu beraksi.

    Salah satu kejohanan akan berlangsung di UiTM Shah Alam pada bulan November. Saya telah mendaftar untuk turut serta.

    Semalam pun saya telah sertai satu pertandingan kecil peringkat daerah. Nampaknya masih jauh lagi untuk mencapai tahap yang disasarkan.

    Jumpa lagi...

    Ke Halaman Utama

    Copyright 2002 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)