Selamat Menyambut Maal Hijrah?
Its Formula One Again...
18 March 2002

OGY Ahmad Daud Fauziah Ahmad Daud

Pertama(Prakata): Selamat menyambut ketibaan Maal Hijrah 1423. Sudahkah kita berhijrah (seperti OGY dan Wardina). Atau kita masih lagi beranggapan bahawa 'tidak semua perempuan yang bertudung itu baik'. Atau kita terus memegang prinsip 'hari tua adalah masa untuk beribadat'.

Sebagai selingan dan sambungan dari tajuk 'persepsi' yang dijelaskan dalam keluaran lepas, sesuai dengan demam Formula One (jika betullah anda boleh demam disebabkan kepanasan berjemur selama 3 hari di Sepang dan ditambah pula dengan ketiadaan/catuan air) yang melanda negara kita, saya ingin menyelitkan satu 'forwarded email' yang saya terima tetapi sumber asalnya tidak jelas. Anda mungkin telah terbaca di mana-mana.

Ia lebih berupa jenaka, namun dalam setiap jenaka mesti ada pihak yang terasa. Memang sukar untuk mengubah persepsi luar terhadap Malaysia. Dan sebab itulah ia menjadi tanggungjawab kita mengubah persepsi tersebut. Tentu anda masih ingat mengenai berita mengenai rakyat Malaysia yang masih tinggal di atas pokok dan catatan dalam sebuah Encyclopaedia yang memetakan Malaysia sebagai sebuah negara yang penduduknya beragama Bhudda sama seperti Siam Thailand, Burma Myanmar dan Khmer / Kemboja / Cambodia Kampuchea.

Bacalah dan ketawalah. Tapi kebanyakan nama telah di'censor' as a precaution.

Melbourne, 4th March 2002

Alx.Yng., the young Malaysian driver for the KL-Mnrd team could have easily moved up a few places - maybe even a podium finish, but could definitely have been ahead of team mate Mrk.Wbr. But being a Malaysian, he slowed down to take a look at the accident.

To compound things further, he was under instructions from the team owner to mentally note the numbers of the cars involved - and this understandably placed the amiable young driver under considerable mental strain, affecting his concentration on the race.

When asked by Australian reporters why he wanted the numbers, team owner Pl.Std. said, "Being Australians you probably wouldn't understand. But in Malaysia, registration numbers of cars involved in accidents are often permutated to come up with winning numbers for the local lottery. In this case I ran all possible permutations of the car numbers involved in the accident on our new state of the art computers and placed bets on all the number combinations with the Malaysian lottery giant, MagCorp. You could also say we are trying to get the most out of MagCorp, what with them being one of our main sponsors."


Walaubagaimanapun keputusan Petronas Malaysian Formula One Grand Prix di Sepang pada 15-16-17 March 2002 telah memihak kepada William, BMW, Ralf & Montoya dan tak ketinggalanFerrari & Schummy. Siapa kata 'tactical superiority' tak boleh mencipta kemenangan. Dan siapa kata kereta (teknologi) lama tak boleh terus berada di hadapan. Semua ini akan berubah di Brazil yang akan menggabungkan kemajuan teknologi, tactical dan pemanduan.

Sebagai peminat Michael Schumacher, masih ingat lagi bagaimana beliau memenangi 2 kejuaraan Formula One bersama Benetton dengan hanya menggunakan kebolehan memandu dan 'tactical superiority (single pit stop strategy)' dan bukan kerana kemajuan teknologi kereta. Tak kurang juga saat-saat suram ketika beliau mula berpindah ke Ferrari (where William & Mercedes won twice each in a row because of it technical superiority far ahead of the rest).

Dan masih ingat lagi bagaimana FIA mengubah peraturan dan menghadkan kemajuan teknologi kerana kehebatan teknologi kereta Honda. Yang akhirnya menyebabkan kereta Honda menarik diri dari Formula One. Masih ingat lagi bagaimanan FIH mengubah peraturan padang hoki kepada astroturf yang telah menyekat negara Asia terutama Pakistan, India dan negara kita Malaysia dari terus menguasai pertandingan hoki antarabangsa. Service S designed by us, dalam badminton pun telah diharamkan oleh IBF. Now, a 7 point system is introduced with various reason. Slowly, rule in Table Tennis is changed due to its fast pace to enable others to compete with the Chinese.

You see, the rule is changing to make it fair for everybody. With these new rules & regulations, the 'not so develop countries' we will never able to compete fairly. Do we have to pay to be one of them? Or to become champion of the world. Is it enough just by being us? Winning is not the only measurement of success.

So, everytime we try to do something or to be competitive, lets go back to basic. Or have a look at it. Only then we will be able to compete and excel.

In the end, money isnt everything! Isnt it?

Kedua(Pengendali): Saya baru sahaja selesai mengemaskini dan mengembalikan bunyi latar MIDI dalam Koleksi Cerpen Maya Remaja. Anda bolehlah menikmati semula kisah yang dipaparkan dengan muzik latar yang telah saya pilih. Ia berupa coretan impian dan kenangan semasa remaja dan semata-mata rekaan berdasarkan kepada latar kehidupan semasa. Saya rasa semua orang bakal atau telah melaluinya. Pada waktu yang sama saya cuba menghasilkan sesuatu yang baru, tapi nampaknya masih belum berhasil. Terlalu sukar untuk menulis dalam suasana perkembangan teknologi IT yang berterusan mencabar minda dan ruang masa yang semakin mengecil.

Dalam tempoh satu minggu yang lalu, saya telah membuang semua iklan lama dalam Koleksi ini dan mengggantikannya dengan iklan dari Commission Junction dengan andaian ia boleh mendatangkan hasil dalam bentuk US$. Tetapi setakat ini nampaknya akaun saya di CJ masih lagi bernilai US$0.00 . Saya menganggap bahawa penggunaan iklan di internet masih kurang berjaya di sini berbanding dengan di US.

Pada saya ia mungkin disebabkan oleh dua perkara utama yang mengambil masa untuk dilaksanakan; salah satu hanyalah berupa sifat kemanusiaan (tidak percaya atau ragu-ragu terhadap keselamatan internet) dan yang satu lagi adalah keperluan teknologi (penggunaan non-cash transaction seperti Kad Kredit atau Kad Caj). Berapa ramaikah di antara anda yang telah mempunyai Kad Kredit? Dan seterusnya berapa ramaikah di antara anda yang telah berbelanja kebanyakan wang anda menggunakan Kad Kredit? Dan berapa ramaikah pula di antara anda yang pernah menggunakan kemudahan 'e-payment' di internet?

Jika anda masih bergantung kepada TUNAI untuk semua transaksi harian anda, lupakanlah sahaja mengenai Dunia Siber yang anda perasan berada di dalamnya. Dunia siber bercakap mengenai borderless world dunia tanpa sempadan dan 'cashless society'.

Untuk meletakkan diri kita berada dan hidup dalam zamannya (and claims to be part of it), dan tidak sekadar menghabiskan masa untuk 'chat' dan 'surfing' di internet, sekurang-kurangnya kita telahpun menggunakan kemudahan teknologi ini seperti Maybank2U, bayar cukai pendapatan di BCB atau Public Bank, cajkan semua bil air, telefon rumah / mobile, ASTRO dan elektrik kepada Kad Kredit atau menggunakan Kad Kredit untuk membuat bayaran di internet. Kita juga sepatutnya telah biasa menggunakan kemudahan Telegraphic Transfer dan Standing Order yang telah wujud dalam sistem perbankkan sejak zaman-berzaman. Cubalah membuat 'transfer of account' untuk bayar hutang kawan dan sewa rumah. Tell them its about time for us to be part of a 'cashless society'. ONLY IF YOU DO BELIEVE THERE IS A FUTURE WORLD IN THIS COUNTRY.

Forget about trust and security. Trust yourself!

Ketiga(Promosi): Jika anda membaca keseluruhan artikel minggu ini, anda akan mendapati saya telah mempromosi banyak laman web iaitu Commission Junction, Maybank2U, BCB, Public Bank, Cukai Pendapatan, Telefon, Elektrik, ASTRO, Air, Sahabat Jurnal, Petronas dan FIA Formula One World Championship.

Keempat(Peribadi): Rasanya saya perlu turut sama menyelitkan sedikit aktiviti mingguan untuk anda sama mengetahui. Tetapi semakin banyak perkara tercatat di sini, semakin hampir anda mengenali kehidupan peribadi saya. Namun begitu saya akan cuba sedaya-upaya menghadkan kepada hal-hal yang 'IT-related' yang saya rasa 'relevant' dan berkaitan dengan Koleksi Imnogman.

Saya menghadiri kursus berkaitan IT selama 2 hari di Hotel Nikko. Yurannya? Mahal. But with 3 coffee breaks & 1 buffet lunch daily, nobody complaining. Lagipun, i am not paying.

Yang menariknya, dalam keluaran lepas saya baru sahaja menyebut mengenai keperluan Bahasa Inggeris. Bayangkan, 2 hari mengadap 'mat saleh' yang bercakap mengenai 'new IT subject matter', with full of concentration considering the fact that my organisation paid more than RM2000 for the two days course. Saya rasa jika kursus tersebut diadakan dalam Bahasa Melayu, saya akan dapat memahaminya dengan mudah walaupun memberi perhatian secara sambil lewa. In english, if i missed a keyword from the whole sentence or phrase, then i will missed the comprehension part. Langsung tidak dapat menggunakan 'unsur ramalan' seperti percakapan dalam Bahasa Melayu di mana kita mudah menjangka apa yang orang nak kata. Forget about the syntax and pronunciation. I m talking about using our general knowledge here, and about our ability to always be in front of others. Proactive, not reactive. Market driving, not market driven.

Mungkin ini merupakan suatu cabaran kepada saya dan next generation generasi mendatang untuk menekankan penggunaan Bahasa Melayu dalam bidang Sains dan Teknologi. Which will give us an added advantage in our own country. Playing in similar field with same ball game. Now i m talking like a politician. Sh... beep beep.

Kelima(Penutup): No, i am not. Saya tidak cuba membuat jurnal peribadi saya di sini. Tapi jika anda rasa saya sedang menuju ke arah itu, silakan. Anda boleh membuat takrifan anda sendiri. Tetapi saya tidak akan membuat permohonan untuk menyertai Sahabat Jurnal yang termasuk dalam kategori salah satu Laman Web tempatan yang terkenal (by an individual or group but not a company or corporation). Adakah anda mengetahui berapa banyak lagi laman web tempatan lain yang terkenal? Jangan lupa singgah lagi. Mungkin saya akan menyentuh mengenai laman web anda pada masa akan datang.

Until next time... Jumpa lagi.

Ke Halaman Utama

Copyrigth © 2002 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.)