KOLEKSI LOGHAT NEGERI SEMBILAN
IMNOGMAN ![]() Koleksi Loghat NS ini didedikasikan kepada ayahanda Allahyarham Alif Mokhter yang telah kembali ke rahmatullah pada 9 September 1998 disaat reformasi sedang membara yang mengajar ku agar terus kreatif mencipta dan mencipta dalam dunia seni yang indah ini. Kehidupan yang penuh warna ini mengajarku agar tidak terikat dengan satu warna sahaja. Koleksi ini adalah merupakan petikan daripada koleksi asal Allahyarham bertajuk KATA-KATA BASAHAN MELAYU NEGERI SEMBILAN. Beliau turut bekerjasama dengan DBP dalam tahun-tahun terakhir beliau bagi melahirkan satu kamus istilah Loghat NS. Perkataan-perkataan yang dipilih disini adalah menurut pilihan ku sendiri tanpa merujuk kepada mana-mana bahan ilmiah dan bertujuan memperkenalkan Negeri Sembilan dari sudut yang lebih positif tanpa adanya prasangka. Dari Ku Untuk Mu Negeri Ku ![]() [ Dapatkan Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 5 dan Resolusi 800x600 ] |
Sedikit Mengenai Koleksi dan Alif Mokhter ....
Tarikh Kemaskini Terdahulu
Sepatutnya koleksi ini dibuat terlebih dahulu sebelum Koleksi
Lirik Lagu Melayu, tetapi Imnogman ingin melihat dahulu sambutan
terhadap halaman yang dicipta di samping teknik-teknik yang sesuai
dalam mencipta halaman-halaman web. Setelah membuat kajian selama
beberapa bulan barulah lahir idea untuk koleksi ini. Itupun setelah
Imnogman mendapat semangat baru hasil dari sambutan terhadap Koleksi
Lirik Lagu Melayu akhir-akhir ini. Alif Mokhter adalah seorang pejuang semasa penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula dari serangan pertama di Kota Bharu hinggalah Singapura ditawan oleh tentera Jepun. Beliau juga merupakan salah seorang penulis dari Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50). Pernah menjadi penulis di Majalah Hiburan (tulisan jawi) Singapura antara 1951-1953. Beliau banyak memberi dorongan kepada anak-anak beliau menerusi pengalaman dan sejarah hidup beliau sendiri. Hasil tulisan beliau (menggunakan tulisan jawi) banyak berkisar kepada pengalaman hidup beliau yang penuh warna itu. Allahyarham juga adalah seorang peneroka (pernah menetap di Puchong KL sebelum akhirnya menetap di sebuah desa terpencil di NS), guru agama (menuntut di Madrasah Jamek Merbau Al-Ismaili, Kota Bharu pada 1946-1950), pemburu yang cekap, tukang rumah, imam masjid (di hari-hari terakhir beliau), ahli politik (pernah menjadi Ketua Cawangan sebuah parti politik), berpegang teguh dan pewaris Adat Perpatih, penulis komentar yang tegas dan abah kepada aku, Imnogman. Halaman ini dilancarkan secara resmi. Selamat berkunjung ke sini. Sila tujukan sebarang pandangan kepada IMNOGMAN. 9 September 1999 | |||
Main / Halaman Utama / Home
Terimakasih kerana mengunjungi halaman web ini di Yahoo-Geocities. Sila datang lagi. Ada banyak lagi yang belum dikemaskini ! Jumlah pengunjung semenjak 9 September 1999 Sila email imnogman@hotmail.com Nyatakan Pandangan Anda ? ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Copyrigth © 1999,2000,2001 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.) [ liriklagu.com | Statistik Dan Maklumat Am | imnogman.com ] |