GUGUSAN SYAIR ALIF MOKHTER
IMNOGMAN ![]() Tajuk asal Koleksi ini ialah MERAMU DI DALAM SUASANA oleh Alif Mokhter Alhaj. Imnogman memberikan tajuk baru bagi lebih menjelaskan maksudnya. Prakata Koleksi ini adalah petikan lengkap dari Koleksi Allahyarham dengan perubahan kepada ejaan untuk menyesuaikan dengan keperluan semasa. Himpunan syair-syair ini mula di cipta oleh Allahyarham pada bulan April 1992 berdasarkan pengalaman hidup yang dilalui oleh beliau menggunakan tulisan jawi (gabungan 4 jenis khat: Thulus, Nasakh, Rakaah, Dewani dan Parisi). Kemudian dari itu ia mula ditaip menggunakan huruf rumi yang lebih mudah difahami pada masa ini mulai bulan Mei 1993 dan siap ditaip pada bulan Jun 1993. Imnogman akan mula menyiarkannya secara berdikit-dikit petikan dari Koleksi ini. Disamping itu masih terdapat satu lagi Koleksi Syair Allahyarham yang bertajuk SEJAMBAK SYAIR yang didedikasikan kepada anak-anak beliau, yang akan di siarkan kemudian. InsyaAllah. Dari Dia Dalam Kenangan, Kepada Semua Buat Pedoman. [ Dapatkan Paparan Terbaik Menggunakan Internet Explorer 5 dan Resolusi 800x600 ] |
Meramu Dalam Suasana
Bersinar sama intan dan kaca Dapat dibezakan dek banyak membaca Berharga tidaknya sesebuah benda Manikam dikenal dek Jauhari sahaja |
|
Sepatah Kata....
Alhamdulillaa hirabbil aalamin wassalaa tuwassalaa mualaa rasul lillah Muhammad sallallaah hualaihissalaam wa alaa aalihii wa shaabihii ajmain, Assalaa mualaikum warahmatulla hiwabarakatuh Amma bakdu. Buku ini sengaja aku khaskan semata-mata untuk dituliskan sebanyak mana yang boleh sebuah puisi berbentuk syair seperti mana buku pertamanya dua tahun lalu (telah bertaip) dan telah pun berjilid bertajuk SEJAMBAK SYAIR. Tetapi buku kedua ini diubah pula tajuknya MERAMU DALAM SUASANA buat tatapan atau buat kajian mahupun buat panduan, pun kiranya dapat membacanya (tulisan tangan huruf jawi). Aku percaya satu masa nanti akan berguna untuk generasi akan datang. Aku sebagai yang berusaha menulis hanya berharap akan tidak dibiarkan bersepah tanpa penjagaan sekalipun tidak dapat membacanya. Aku tidak ada luang untuk menaipnya. Mungkin satu masa nanti Insyaallah, kiranya mata aku yang kini tidak mampu memandang dengan jelas, pulih oleh adanya ikhtiar membaik pulih dengan membuat pembedahan. Atau mengganti satu cermin mata yang baru. Apalagi ketikanya dek umur panjang, ditambah wang di saku ada lebih. Kini, sepanjang tahun ini (1992), syair ini ditulis, kemampuan melakukan menaipnya tidak ada. Wang yang ada ditangan pada atas ala kadarnya. Selain dari belanja harian, digunakan untuk belanja Iman anakku dalam menghabiskan masa belajarnya hingga berakhirnya tahun 1993. Tulisan aku pun ditulis atas semahunya saja. Banyak perkara aku sedang lakukan. Selain kerja-kerja di ladang, sebuah buku pantun, sebuah buku berbentuk rencana (Surat-surat Dari Desa), sebuah buku adat, sebuah buku perubatan melayu (setakat kemampuan aku) dan Dialek Negeri Sembilan bertajuk KATA-KATA BASAHAN MELAYU NEGERI SEMBILAN. Semua buku-buku ini aku tulis mengikut suka, mengikut rasa, mengikut apa yang hati yang sekeping ini mahu. Olehnya aku sentiasa saja menulis sekalipun sedikit teraba-raba. Alhamdulillah, semasa menaip ini ada antaranya dah pun siap dan dahpun dijilid. Apalagi anakku Imnogman sudi menghadiahkan sebuah cermin mata, membolehkan aku kini kembali menaip. Ya Allah, berilah aku kemampuan untuk menjayakan apa yang aku hajati iaitu semua buku yang dah bertulis sudah aku taip. Luang aku membaca pada dengan mengulang TAFSIR AL AZHAR saja dan dalam pada itu, kalau ada yang bersanggupan untuk membantu, OK silakan. Terutama sebuah buku baru DIALEK NEGERI SEMBILAN yang di tulis rumi. Kiranya taip tak ada, kat rumah aku ada. Menggunakannya pun tak boleh bawa ke mana-mana. Lagi, buku KATA-KATA ADAT YANG AKU DENGAR DAN DAPAT DARI BACAAN, dah ada dua buah bukunya bertulisan jawi, tulis tangan, nak jua ditaip. Buku ini dah aku fikirkan untuk mengadakannya kerana dah banyak terakam pada sebuah buku kosong tanpa nama. Pada tiap muka ada sebuah tajuk, akan diletak kat sana bila sebuah syair siap dan sesuai dengan tajuknya. Kini dah setahun baru sempurna sebuah buku. Serta-merta aku taip dengan bersusah-payah kerana memikirkan isinya agak baik, sesuai di baca pada masa lapang. Di hujung buku terakam sebuah syair berbunyi (seperti diatas).... Demikian juga sebagai pengingat:-
Pembaca, anak dan cucu-cucu
Tulisan ini bacalah selalu Menunggu lapang taklah perlu Semuka sehari padalah tu Sebanyak itu betul-betul difahami Bertambah lagi hari demi hari Tujuan rang tua nak berbakti Ibarat padi dah nyata berisi Usah dibiarkan tulisan tok Kekal tersimpan didalam gobok (Takut nanti) Penat lelah yang tok pupuk Taklah berfaedah sebesar habuk Wassalam. Alif Mokhter AlHaj SLB, NS - April 1992 |
02. Dibiar Jangan 03. Usah Tergoda 04. Tak Ada Hentinya 05. Saham 06. Masih Bernilai 07. Perjumpaan Hari Lebaran 08. Tuhan Dilupa Jangan 09. Berdamar Dan Bermanau 10. Pertemuan 11. Apa Ada Pada Nama (i) 12. Apa Ada Pada Nama (ii) 13. Pengaruh Wang 14. Godaan Iblis 15. Menerawang Alam 16. Musafir 17. Ingatkan Mati 18. Perlulah Bersabar 19. Berita Oh Berita 20. Mara Terus 21. Kian Petang Kian Cerah 22. Erti Banyak Seni 23. Usaha Terus Menuju Wawasan 24. Ciptaan Tersimpan Baik 25. Perkampungan Peneroka 26. Mata Kelabu 27. Marah 28. Menulis Tanpa Ilham 29. Pejabat Pos 30. Tulislah Seindah Mungkin 31. Macam Macam Kerja 32. Dulu Dan Sekarang 33. Pilihan Sendiri 34. Harta Hanya Rebutan 35. Merambu Sebatang Kara 36. Malaysia Oh Malaysia 37. Aku Akan Jadi Juara 38. Tiap-tiap Makhluk Ada Haknya 39. Jauhi Bala Akan Menerpa 40. Menunaikan Jemputan (i) 41. Menunaikan Jemputan (ii) 42. Ilham Tak Kunjung Tiba 43. Melangkahi Tiga Zaman 44. Muda-Mudi Kini 45. Hanya Inilah Derma Baktiku 46. Perubatan Tradisi 47. Wawasan 2020 48. Quran Dan Hadis Itu Panduan 49. Sembahyang Jumaat 50. Takdir Tuhan 51. Imam Tahlil 52. Imam Khariah 53. Di Kampung Berguna Belum 54. Sembahyang Tiang Ugama 55. Kepada Allah Tempat Meminta 56. Sebuah Nasihat 57. Gara Gara Gadis Sekarang 58. Wang Ada Di Mana Mana 59. Nabi Adam Siti Hawa M... 60. Sheikh Abdul Kadir Al Jailani 61. Dakwah, Rock, Dadah D... 62. Dunia Titian Akhirat 63. Menunaikan Haji 64. Doa 65. Sajak: Aku 66. Penutup 30 September 1999 1/6 November 2000 |
Main / Halaman Utama / Home
Terimakasih kerana mengunjungi halaman web ini di Yahoo-Geocities. Sila hantarkan karya anda. Halaman ini untuk anda ! Jumlah pengunjung semenjak 23 Oktober 1999 Sila email imnogman@hotmail.com Nyatakan Pandangan Anda ? ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Copyrigth © 1999,2000,2001 Imnogman(TM) (ZZZ Reversed Tech, Inc.) [ liriklagu.com | Statistik Dan Maklumat Am | imnogman.com ] |